English English Malay Malay

Lawatan ke Sri Subramaniam Temple Kuala Lumpur

 

Lawatan Ke Sri Subrananiam Temple Kuala Lumpur – Sempena Program Mosque Open Day (MOD) 2022 GDM – ISUFOM KL : 21.8.22

Syukur Alhamdullillah.

ISUFOM KL telah menganjurkan lawatan ke *Sri Subramaniam Temple (SST)* yang lebih dikenali oleh orang ramai sebagai Batu Caves dan menjadi di antara pusat pelancongan yang tersohor di Malaysia sehingga kini, khususnya bagi penganut Hindu.

Setibanya di perkarangan SST, kebetulan Committee SST baru sahaja selesai upacara sembahyang mereka, dan bertemu pula dengan PIC, Mr C. SETHU PATHY, Setiausaha Agong tokong ini. Seorang yang peramah dan mudah dibawa berbincang. *(Amalan Baik AB1)*

Beliau menyambut kami dengan baik dan terus mempelawa kami ke pejabat urusan yang juga terletak di perkarangan SST *(AB2)*. Beliau menyatakan betapa pentingnya isu perbedaan agama di dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia yang memerlukan program seperti Mosque Open Day yang mampu memberi pendedahan kepada non Muslim. Namun, SST memerlukan surat rasmi sebagai SOP mereka.

Kami tidak sempat melawat ke dalam gua di Batu Caves namun sempat diberi penerangan secara ringkas apa fungsi SST dan aktiviti yang boleh dinikmati para pengunjung, antaranya:

1. Patung Lord Murugan – selaku tarikan utama di perkarangan masuk SST
2. 272 colorful tangga menuju ke dalam gua (Amaran bagi pengunjung yang ada masalah kesihatan seperti jantung lemah)
3. Bt Caves memang terdiri daripada cantuman beberapa buah gua
4. Dress code, wajib memakai pakaian sopan dan tidak menjolok mata (Sebagai tanda hormat bagi tuhan2 Hindu yang berada di sekitar SST)
5. Ada restoran dan kedai serbaguna yang sedia ada untuk pengunjung menjamu selera (Disyorkan untuk mengesahkan tentang Vegetarian, status Halal etc.) *(AB3)*

Batu Caves memang merupakan lokasi bg penganut Hindu melakukan *pilgrimages and rituals* terutamanya di perayaan Thaipusam. Maka tidak sesuai untuk Umat Islam melibatkan diri dalam upacara mereka dalam apa jua konteks.

Boleh dilihat dari jauh makhluk ciptaan Allah swt (Monyet, Kera, etc) yang juga penhuni di dalam Batu Caves yang mencuit hati pengunjung dengan karenah mereka terutamanya apabila meminta sesuatu dari pengunjung. Binatang ini diberi kebebasan untuk berada di perkarangan gua2 ini. *(AB4)*

SST dibina semenjak tahun 1891 dan merupakan limestone yang berumur beratus-ratus tahun lamanya. Terdapat beberapa gua di dalam SST termasuk:
> Temple Cave (Cathedral Cave)
> Dark Cave
> Ramayan Cave
> Cave Villa
> Rock Climbing
Dari jauh, nampak ada pekerja yang melakukan kerja pembersihan. *(AB5)*

Terdapat hotel berdekatan yang memang dibina untuk menarik pelancong di samping fasiliti seperti Giant Bt Caves. *(AB6)*

Insya Allah, SST akan menghantar wakil ke lawatan MOD ISUFOM KL & GDM dan terlibat sama dalam program dialog, diskusi dan dakwah. Undangan rasmi sedang diuruskan.

Doakan kami turut dapat membalas lawatan mereka dengan *IMPAK, AKHLAK serta AMALAN BAIK* ikut cara Islam. Semoga Allah swt mempermudahkan urusan kami.

Bro Azhar Soo
21.8.22.

Kongsi Artikel ini:

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Lain - Lain Artikel

• July 14, 2024

Perbincangan kerjasama kedua belah pihak

• July 13, 2024

Kerjasama ISUFOMKL vs Surau Ihsan Penagihan Daging Korban

• July 12, 2024

Menghadiri Kursus oleh PERMIM – IDIPKL