Lawatan Ke Tien Hou Temple – Persatuan Hainan Selangor & Kuala Lumpur – Sempena Program MOD 2022 GDM – ISUFOM KL : 15.8.22
Syukur Alhamdullillah.
ISUFOM KL telah menganjurkan lawatan ke *Thien Hou Temple (THT)* yang dimiliki oleh *Persatuan Hainan Selangor & Kuala Lumpur*. Kebetulan pula, nenek moyang Azhar Soo berasal dari Pulau *Hainan (Hawaii of the East)*, China.
Jika dikongsikan dengan *Dr Ann Wan Seng*, beliau pasti sebut *Suki Nang* (Sama2 hainan lah kita ?). Teringat pula lagu Dato’ M Nasir, *Nang bo ti Nang, Kui bo ti Kui* pun loghat Hainan juga. Yang paling ketara, memang orang Hainan secara tradisinya suka buka kedai Kopitiam.
THT, berbeza dengan Tzu Chi, merupakan sebuah tokong untuk orang Cina melakukan ibadah sembahyang mereka. Sambutan luar biasa akan terlihat ketika musim perayaan CNY, Gong Xi Fa Chai. Ramai antara penganut2 Buddha, Confucious dan Tao akan singgah dan sembah di tokong ini untuk memuja dan mendapat keberkatan dari *Sea Godness, Mazu; Tien Hou Niang2, Guan Yin*.
Bro Nizam pertama kali singgah di tokong ini. Saya bertanya pada beliau, apa perasaan beliau dan yang paling penting, adakah Iman tergugat? Beliau jawab, tidak ada apa2 kesan pada akidah mahupun kagum pada konsep ketuhanan, kecuali kebersihan *(Amalan Baik AB1)*, kesungguhan para volunteer tokong *(AB2)* ini serta keterbukaan tokong ini menerima pengunjung & pelancong tanpa melihat latar belakang *(AB3)*.
Tokong ini dibina pada tahun 1987 dan dirasmikan pada tahun 1989. Antara fasiliti *(AB4)* yang disediakan:
>Tempat beribadah
> Cultural Centre
> Dewan Orang ramai (Persembahan)
> Cafe & Restoran Vegetarian
> Galeri serta Sourvenier Shop
> Tempat kemudahan pendaftaran perkahwinan non Muslim
Tokong ini juga mempunyai hubungan yang baik dengan Persatuan2 Cultural & Heritage dari China di mana jemputan membuat pameran, persembahan dan cross cultural exhibition sering dianjurkan *(AB5)*.
Ms Wong, PIC tokong ini, menerima kunjungan kami dengan baik serta terbuka *(AB6)*. Malah, telah memberi kami kebebasan untuk kami meneroka tokong ini tanpa ada apa2 sekatan mahupun syarat *(AB7)*. Mereka percaya bahawa umat Islam (agama lain) pasti menghormati serta mengikuti segala peraturan yang telah digariskan pihak urusetia tokong.
Lawatan 45 minit ini telah memberi peluang pada kami untuk melihat secara dekat apakah fungsi, fasiliti dan pelan jangkamasa panjang tokong Thien Hou. Namun, kami buat keputusan untuk tidak memasuki ruang ibadah mereka dan lihat serta memerhati dari jauh sahaja.
Insya Allah, THT akan menghantar wakil ke lawatan MOD ISUFOM KL & GDM dan terlibat sama dalam program dialog, diskusi dan dakwah. Undangan rasmi sedang diuruskan.
Doakan kami turut dapat membalas lawatan mereka dengan *IMPAK, AKHLAK serta AMALAN BAIK* ikut cara Islam. Semoga Allah swt mempermudahkan urusan kami.
Bro Azhar Soo
15.8.22