English English Malay Malay

Menyantuni Golongan Gelandangan Dengan Bubur Lambuk Pak Hassan – ISUFOM KL

Di zaman Rasulullah SAW, semasa Baginda sedang berkumpul dengan para sahabat, datang seorang pengemis meminta-minta. Melihat kehadiran pengemis itu, Rasulullah lantas bertanya, “Apakah kamu mempunyai sesuatu di rumahmu?” Pengemis itu menjawab, “Tentu, saya mempunyai pakaian yang biasa dipakai sehari-hari dan sebuah cangkir.” Rasulullah SAW lalu meminta pengemis itu mengambil barang-barang tersebut dan serahkan kepada Baginda.

Pengemis itu terus bergegas pulang ke rumah dan kembali dengan membawa cangkir. Rasulullah SAW mengambil cangkir itu dan menawarkannya kepada para sahabat yang ada. “Adakah di antara kalian yang ingin membeli ini?” Salah seorang sahabat sanggup membeli cangkir itu dengan harga dua dirham.

Rasulullah kemudian memberikan dua dirham yang dibayar oleh sahabat itu kepada si pengemis. Rasul berpesan kepada si pengemis itu agar menggunakan wang itu untuk membeli makanan buat keluarganya, dan baki digunakan untuk membeli kapak. “(Dengan kapak itu) Carilah kayu yang banyak dan juallah. Selama dua minggu ini aku tidak ingin melihatmu,” sabda Rasulullah SAW.

Dua minggu kemudian, pengemis itu datang lagi menghadap Rasulullah SAW. Kali ini tidak untuk mengemis, tetapi dengan membawa wang 10 dirham hasil dari jualan kayu. Rasulullah SAW kemudian menyuruhnya untuk membeli pakaian dan makanan untuk keluarganya dengan wang itu.

Rasulullah bersabda, “Hal ini lebih baik bagi kamu, kerana meminta-meminta hanya akan membuat noda di wajahmu di akhirat nanti. Tidak layak bagi seseorang meminta-minta kecuali dalam tiga hal, fakir miskin yang benar-benar tidak mempunyai sesuatu, hutang yang tidak bisa terbayar, dan penyakit yang membuat seseorang tidak boleh berusaha.”

Riwayat ini menggambarkan bagaimana Rasulullah SAW membantu pengemis atau gelandangan yang masih mempunyai keupayaan dan sihat, dengan menunjukkan cara bagaimana orang itu boleh berusaha dan hidup berdikari, bukan dengan memberikan wang atau makanan percuma. Rasulullah SAW telah lama memberikan panduan kepada kita dalam menangani masalah pengemis dan gelandangan ini.

Gelandangan mungkin berbeza dengan pengemis. Gelandangan ialah orang-orang yang hidup dalam keadaan tidak sesuai dengan norma kehidupan yang layak dalam masyarakat setempat, serta tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yang tetap di wilayah tertentu dan hidup mengembara di tempat umum. Sedangkan, pengemis adalah orang-orang yang mendapatkan penghasilan dengan meminta-minta di muka umum dengan pelbagai cara dan alasan untuk mengharapkan belas kasihan dari orang lain.

Golongan gelandangan yang memenuhi bandaraya Kuala Lumpur bukan sahaja golongan yang terlantar dan tidak mempunyai pekerjaan, tetapi juga golongan yang benar-benar susah, golongan yang ditinggalkan kerana tua dan berpenyakit kronik, golongan tua, wanita dan kanak-kanak pengemis yang didalangi sindiket, golongan imigran dan golongan penagih.

Peranan kolektif institusi zakat juga boleh membantu menyelesaikan masalah ini. Golongan fakir, miskin, dibawah belenggu perhambaan (Fir Riqab), orang-orang berhutang (Al-Gharimin), dan orang-orang bermusafir yang terlantar (Ibnu Sabil) adalah antara asnaf-asnaf yang berhak menerima zakat.

Kongsi Artikel ini:

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Lain - Lain Artikel

• February 7, 2025

Mesyuarat Sanggar Kerja GDM

• February 7, 2025

Program Ziarah Mahabbah GDM

• February 7, 2025

Mesyuarat Exco Isufom KL 2024