English English Malay Malay

Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan (AGM 2022)-Part 1

Syukur Alhamdullillah.

Dengan izin Allah SWT, ISUFOM KL telah menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan (AGM 2022) yang julung kalinya pada 31.12.22.

Sebagai sebuah organisasi NGO yang tertakhluk kepada Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335), Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), ISUFOM KL sentiasa memantau, menambahbaik serta melaksanakan perihal Tadbir Urus yang baik agar selari dan memenuhi syarat2 yang telah digariskan dan disarankan ROS. 29 Disember 2022 merupakan tarikh di mana ISUFOM KL genap beroperasi selama setahun sebagai sebuah badan Kebajikan dan Dakwah.

AGM 2022 pada kali ini tertumpu pada pembentangan Laporan Pencapaian Aktiviti Tahun 2022 (Fizikal & Kewangan) serta Cadangan Pelaksanaan Aktiviti Tahun 2023. Exco2 sebulat suara menerima dan mengesahkan laporan2 serta cadangan2 program yang telah disenaraikan. Syukur Alhamdullillah. Beberapa usul juga diketengahkan oleh ahli-ahli dan beberapa pemerhati turut menghadiri AGM 2022 pada kali ini.

Semoga Allah SWT memberkati segala perancangan serta strategi pelaksanaan ISUFOM KL bagi Tahun 2023. Jazakallahukhair dan tahniah buat semua EXCO2 di atas segala usaha, jasa dan pengorbanan dari segi masa dan tenaga yang twlah dicurahkan sepanjang Tahun 2022. Terima kasih kerana sentiasa memberi pandangan dan cadangan yang bernas serta yang berimpak maksima. Syabas.

Sekalung penghargaan buat MAIWP, GDM, Agensi2 Kerajaan, sahabat2 NGO, para penderma yang budiman, syarikat swasta & korporat termasuk semua sukarelawan dan penyokong ISUFOM KL.

Bro Azhar Soo
Pengerusi ISUFOM KL
2022/2023
31.12.22

Kongsi Artikel ini:

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Lain - Lain Artikel

• October 8, 2024

Perjumpaan Pimpinan Mahasiswa

• October 8, 2024

Perbincangan Kolaborasi bersama Al Fajr

• October 8, 2024

Ceramah Perdana Maulidur Rasul