English English Malay Malay

Mesyurat Jawatankuasa Penasihat Industri Polisas Bil 1/2024

 

MESYUARAT JAWATANKUASA PENASIHAT INDUSTRI POLISAS BIL.1/2024

21 Mei 2024 – Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Industri POLISAS kali pertama bagi tahun 2024 bertempat di Bilik Persidangan POLISAS.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Industri POLISAS, YH. Dato’ Haji Abd Rahman bin Daud yang merupakan Pengarah Urusan Binaan Desjaya Sdn.Bhd.

Hadir sama adalah Pengarah POLISAS, YBrs. Encik Hisamudin Mohd Tamim, Timbalan Pengarah (Akademik) POLISAS, Pn.Hajah Wan Zuraida Wan Yusoff, Ketua Unit CISEC POLISAS, Pn. Hajah Razana Fatin Abdullah @ Razali serta Ketua-Ketua Jabatan / Unit dan Pegawai-Pegawai Kanan POLISAS.

Usai mesyuarat, turut diadakan sesi penyampaian Sijil Pelantikan Jawatankuasa Penasihat POLISAS bagi penggal 2024-2025.

Tahniah diucapkan atas pelantikan dan terima kasih atas kehadiran dan kerjasama yang telah diberikan oleh semua barisan Ahli Jawatankuasa / Wakil Jawatankuasa Penasihat Industri POLISAS.

Terima kasih juga diucapkan kepada seluruh Jawatankuasa Pelaksana yang telah bertungkus-lumus menjayakan mesyuarat ini.

 

Kongsi Artikel ini:

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Lain - Lain Artikel

• July 12, 2024

Menghadiri Kursus oleh PERMIM – IDIPKL

• July 11, 2024

Di Temuramah dengan Jabatan Komunikasi IIUM

• July 10, 2024

Program Santuni Mualaf (MACMA)