Syukur Alhamdullillah,
Perbincangan Khas Isu Kebajikan dan Pendaftaran Pengislaman Di Rumah Kebajikan Bukan Islam (Nama dirahsiakan)
1. Warga tua yg mampu menjaga diri sendiri, di masukkan ke dalam Kompleks Darul Hidayah
2. Warga tua yg tidak mampu menjaga diri sendiri, di masukkan ke pusat jagaan alternatif
3. Kerjasama JAWI, Masjid Bandar Utama & ISUFOM KL di mana JKM akan bantu jd org tengah membantu mengeluarkan 11 warga tua yang memeluk islam di pindahkan dr pusat jagaan bukan islam
4. JAWI setuju daftar ke semua 11 mualaf dan ditempatkan di tempat jagaan pusat islam
*Nota*
JKM uruskan pendaftaran dan bukan bantu keluarkan dari rumah orang tua.
*Isu*
– Ada 2 warga tua muslim yang didaftarkan bawah rekod JKM
– Ada 9 lagi yang tiada maklumat yang lengkap
– Tidak mendapat kerjasama yang baik dr Rumah kebajikan bukan Islam
– Tidak bersetuju dgn cara pengislaman yang dilaksanakan (ada yang sakit mental tapi belum dipastikan)
– Jika ahli keluarga yg hasrat hantar ke pusat jagaan ini, adakah mereka bersetuju ingin dipindahkan ke tempat lain hatta status pengislaman
– Program Mahabah Hari Raya Cina tidak menepati objektif di mana asalnya meraikan dan tetiba jadi medan dakwah
– Rumah kabajikan bukan Islam telahpun membuat keputusan untuk tidak membenarkan mana2 NGO2 Islam pada masa akan dtg untuk ziarah lagi
*Hujah yang perlu dipersetujui*
– 11 Warga Mualaf memang berdaftar di bawah pusat jagaan Rumah Kebajikan bukan Islam
– 11 Warga Mualaf telahpun memeluk agama Islam (perlu menilai keadaan fizikal & mental)
– Bahawa pusat jagaan Rumah bukan islam tidak mampu/sesuai menyediakan tempat untuk Mualaf menjalankan ibadah etc
– Bahawa perlunya sesi memastikan bahawa kerelaan Mualaf ingin dipindahkan dan didaftar semula ke pusat jagaan Islam serta KD
– Bahawa pusat jagaan Islam sebagai alternatif mampu menjaga kebajikan serta perihal keperluan keagamaan Islam serta fasiliti yang lengkap
– Bahawa mereka tidak selesa dan ingin keluar daripada Rumah kebajikan bukan islam kerana tidak ada kebebasan serta ada masalah sakit kulit gatal yang belum diubati
– sekalipun cara pengislaman tak betul, namun hakikatnya mereka rela hati untuk memeluk agama Islam
*Tindakan konkrit yang dicadangkan*
– Adakan sesi dialog secara sembang santai dan pupuk mindset kerjasama dan saling hormat – menghormati. Mesyuarat bersetuju kaedah ini digunapakai terlebih dahulu
– Menjemput wakil rumah kebajikan bukan Islam melawat pusat kebajikan yang dikendalikan orang Islam untuk mualaf seperti KDH supaya mereka nampak fasiliti yang lengkap serta urus tadbir baik dan serba lengkap
– Berjumpa dan berdialog dengan waris warga tua yang telah memeluk Islam untuk dapatkan buy in bahawa pusat islam dapat jaga kebajikan keluarga mereka yang telah memeluk agama Islam
– Tumpu pada 2 warga Islam yang telah bersedia untuk dipindahkan dan di mana cara hidup dan kebajikan Islam tidak terjaga
– Cadang lantik peguam shariah untuk bekerjasama dan mencari hak warga tua yang telah memeluk Islam
Bro Azhar Soo
13.4.23