English English Malay Malay

Perbincangan Meja Bulat GDM Pusat Bersama2 NGO

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt,

*Robbis rohli sodri wayassirli amri wahlul oqdatam millisani yafkohu kouli​.*

Syukur Alhamdullillah,
Dengan izin Allah swt kami semua dipertemukan pada malam ini di dalam Pebincangan Meja Bulat GDM Pusat bersama2 NGO2.

Yang dihormati, Y.Bhg Ir Hj Wan Nizar , Pengerusi GDM, Pn Aniza Timb Pengerusi GDM, Dr Ann & Dato Md Chan, Naib Pengerusi GDM, EXCO2, Dif2 Kehormat, serta barisan pimpinan Pengerusi serta Setiausaha Agong NGO2 yang hadir. Jazakallahukhair pada semua kerana menyokong perbincangan meja bulat pada kali ini.

Ucapan jutaan terima kasih kepada Dato’ Mohd Chan beserta rangkaian Restoran Md Chan di atas kesudian membenarkan kami menggunakan fasiliti di sini dengan menaja tempat persidangan sekaligus menyediakan makanan Chinese Muslim buat kami semua. Terima kasih Dato’.

Tahniah pada Team Eksekutif kerana menjayakan program perbincangan meja bulat.

Kehadiran anda pada malam ini menunjukkan komitmen yang sangat tinggi, terutamanya dari sudut mengekalkan keahlian NGO dalam GDM dan yang lebih mustahak lagi adalah dari segi mencurahkan segala masa, tenaga dan idea dalam memastikan adenda Dakwah kami tercapai. In Sha Allah.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anda sekalian atas segala budi dan jasa yang disumbangkan selama ini sebagai ahli GDM. Segala kerjasama yang telah diberikan pada kami dalam memastikan program berjalan dengan lancar serta hubungan baik yang telah kami jalinkan selama ini.

?????????

Seperti yang semua sedia maklum, pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh NGO2 dalam melaksanakan kerja dakwah & kebajikan. Antaranya adalah kekuatan kewangan yang semakin sukar, penyusunan gerak kerja yang strategik demi mencapai objektif masing2 termasuklah rintangan daripada faktor luaran berunsur hiburan, gejala sosial, budaya yang pelbagai serta sensitiviti serta sifat keterbukaan yang terhad daripada sahabat bukan Islam kita tentang Islam, juga merupakan faktor yang sangat kritikal dalam menyampaikan kerja dakwah kita.

Seperti yang sering disebutkan dalam dunia korporat, *if you want to go fast, go alone, if you want to go far, go together*.

Teringat saya pada sepotong ayat Al Quran,

Firman Allah Subhanahuwata’ala:

كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِۗ وَلَوۡ ءَامَنَ أَهۡلُ ٱلۡكِتَٰبِ لَكَانَ خَيۡرٗا لَّهُمۚ مِّنۡهُمُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَأَكۡثَرُهُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ ١١٠
Kamu adalah sebaik-baik ummah yang diutuskan kepada manusia, kamu menyeru kepada ma’ruf dan mencegah daripada kemungkaran dan kamu beriman dengan Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, maka tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang yang fasiq. (Surah ‘Ali Imran : 110)

Peranan as-Sunnah yang merangkumi *keperibadian, perkataan, perbuatan dan pengakuan* Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam memperincikan hukum-hukum al-Quran. Apabila seseo­rang berpegang dan beramal dengan as-Sunnah bererti dia berpegang dan beramal dengan al-Quran.

Kehidupan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam adalah *penterjemahan realistik al-Quran al-Karim*. Sayyidatina ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha pernah ditanya mengenai akhlak Rasulullah SAW, maka dijawabnya: *“Bahawa akhlaknya (Rasulullah SAW) adalah al-Quran.”*

Sahabat2 sekalian, Sumber pembentukan ummah Islamiyyah ialah al-Quran al-Karim manakala hadith atau sunnah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam adalah terbitan dari­pada al-Quran al-Karim.

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam adalah model yang praktikal bagi *didikan Islam*. Baginda adalah *pentafsir kepada sistem tarbiyyah al-Quran* samada dengan *amalan, budi pekerti atau pun arahan-arahan*.

Maka, Ahli2 GDM perlu *bersatu hati, sepakat dalam minda dan tindakan* demi mencapai impian Pelan Dakwah Kebangsaan (PDK) dan perlu saling sokong menyokong antara satu sama lain baik dari segi perkongsian data, amalan baik mahupun sudi berkongsi pengalaman/case study yang sukses, sudah pasti banyak membantu NGO2 lain merujuk pada mereka sebelum melaksanakannya sendiri.

??????????

Cabaran globalisasi semakin menjadi2 dan sering menjadi halangan pada NGO2 dalam menjalankan tugasan dakwah & kebajikan. Maka, kita perlu mengatur langkah dengan bekerjasama dalam bentuk konsep Jemaah.

Jamaah adalah ‘jalan’ yang mesti dilalui untuk menegakkan Khila­fah Islamiah. Oleh itu pembentukannya adalah wajib. Begitu juga dengan hubungan sesama kita di dalam Jemaah GDM, teringat saya pada guru2 di zaman sekolah yang menyatakan bahawa *bersatu kita teguh, bercerai kita roboh*. Ada benarnya.

Bagaimanakah syariat Islam yang lengkap hendak dilaksanakan oleh jamaah Islam dalam suasana atau realiti kini ? Iaitu realiti yang tidak membolehkan jama’ah melaksanakan semua tuntutan syari­at Islam.

Dalam hal ini, perlaksanaannya adalah terhenti kepada suasana kelemahan (ad-Da’if) dan suasana kekuatan (al-Quwwah) jama’ah atau Ummah Islamiah yang dibentuk. *Setiap NGO2 ada kelebihan & kekuatan tersendiri. Ada kelemahan dan kekurangan yang perlu dibaiki.* Suasana kelemahan umat Islam yang tidak melaksanakan semua tuntutan syariat mengharuskan jamaah Islam mengambil rukhsah dalam erti kata melaksanakan tuntutan syariat sekadar kemampuan yang dimiliki oleh jamaah. Namun *penentuan mampu atau tidak mampu itu adalah di bawah tang­gungjawab barisan kepimpinan (as-Saf al-Qiyadi) yang mengendali­kan jamaah Islam*.

Maka, saya menyeru kepada barisan pimpinan NGO2 di bawah GDM, ambillah kesempatan ini untuk melontarkan idea, memberi pendapat yang realistik, kritikan yang membina serta menjadikan perbincangan meja bulat ini bermanfaat untuk semua.

??????????

*Objektif*
1. Memperkenalkan PDK secara ringkas.
2. Menyatakan tindakan yang perlu dilakukan setiap NGO bagi merealisasikan PDK tersebut.
• Tandatangan MOA
• Bayar yuran rm100 setahun
• Hantar wakil bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh GDM dan juga aktiviti yang dijalankan oleh NGO ahli GDM
3. Mendapatkan respon dari NGO-NGO
• Masalah yang dihadapi oleh ahli NGO
• Cadangan yang relevan dari NGO ahli

Kongsi Artikel ini:

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Lain - Lain Artikel

• October 8, 2024

Perjumpaan Pimpinan Mahasiswa

• October 8, 2024

Perbincangan Kolaborasi bersama Al Fajr

• October 8, 2024

Ceramah Perdana Maulidur Rasul