English English Malay Malay

Perkongsian Kehidupan daripada Ustaz Izhar, Imam RI3 Surau An Nur

Syukur Alhamdullillah.

Ustaz Izhar, Imam RI3 Surau An Nur.

Seorang Hafiz. Seorang Ustaz yang sangat rajin. Di masa kelapangan, beliau kemudi Lalamove. Beliau juga Volunteer Group Leader di Zon 4 Wangsa Maju bagi ISUFOM KL.

Di malam Ramadhan yang ke 29, sempat bawa Ustaz ke McDonald. Namun, sedih juga apabila beliau berkongsi bahawa gelaran Hafiz yang dipegang Ustaz tidak diiktiraf dan tidak boleh digunapakai untuk mendapatkan kerja sebagai Imam di Masjid yang digajikan JAWI. Insya Allah, beliau akan terus menghadiri temujanji untuk sesi temubual yamg dianjurkan JAWI sehingga mendapatkan tawaran yang sesuai dan sedia ada.

Imam belum dilihat sebagai kerjaya profesional, tetapi tanggungjawab dan bidang tugasnya lebih mencabar berbanding profesion lain, malah mereka pada masa kini bukan lagi sekadar mengimamkan solat.

Tugas sebagai imam tidak hanya terbabit dalam hal ehwal agama di masjid atau surau, bahkan menjadi orang penting dalam pentadbiran dan pengurusan daripada orang hidup hingga mereka yang sudah meninggal dunia.

Profesion sebagai imam mungkin dilihat bukan kerjaya dicita-citakan generasi muda, tetapi skop kerjanya yang membawa mereka untuk membina hubungan sesama manusia dan lebih mulia dipandang mulia Allah SWT.

Carilah jalan penyelesaian dalam pengikhtirafan Hafiz kelulusan Madrasah kerana di sepanjang 29 Ramadhan dan Qiam 10 Malam terakhir dan Solat & Takbir Raya, Ustaz Izhar kendalikan dengan baik dan sempurna. Alhamdullillah. Bakat yang boleh digilap & diiktiraf.

Kongsi Artikel ini:

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Lain - Lain Artikel

• October 8, 2024

Perjumpaan Pimpinan Mahasiswa

• October 8, 2024

Perbincangan Kolaborasi bersama Al Fajr

• October 8, 2024

Ceramah Perdana Maulidur Rasul