English English Malay Malay

Program Jom Ngaji 2023 (Sesi 2)

Syukur Alhamdullillah.

Sesi 2 : Jom Ngaji 2023 anjuran ISUFOM KL bersama Sheikh Usamah Mohammed Iqbal.

Ya Allah, bukan semua orang akan mendapat peluang sebegini..MashaAllah Tabarakallah nikmat mana lagi yang mahu kami nak dustakan. Kesudian Sheikh Usamah untuk memimpin kelas Jom Ngaji 23 ISUFOM KL ada bayangan seperti ditawarkan kelas Al-Quran di MasjidilHaram.

Bermula dengan memperbetulkan bacaan dan seterusnya menghafaz (Mungkin pertengahan tahun). Jelas terasa bahawa ianya adalah satu peluang keemasan yang sukar untuk ditolak. Bukan mudah untuk mendapatkan peluang sebegini. Dengan keadaan Sheikh fasih bahasa Inggeris dan boleh berkomunikasi dalam bahasa melayu (asas), apabila tawaran itu datang secara tiba-tiba kami tidak mampu lagi menolaknya! Malah menerima dengan hati yang bergembira & bersyukur.

ISUFOM KL menjadi orang tengah yang menguruskan segala proses pendaftaran sehingga di kemuncaknya kami ‘bakal’ beroleh sijil yang ditandatangan oleh Sheikh Usamah sendiri, In Sha Allah. Sememangnya perjalanannya masih terlalu jauh untuk kami yang baru berlatih belajar untuk membetulkan sebutan. Kelas Sesi kedua ini agak sukar kerana di awal sebutan sudah terdapat banyak kesalahan sebutan. Kami di minta untuk membaca surah Al Fatihah dengan menuruti Sheikh dalam setiap sebutan beliau. Alhamdullillah, sesi kedua ini lebih mantop daripada permulaan untuk sesi pertama. Berpeluh juga dibuatnya. Ketika sesi membaca secara berpasangan, kami pun tidak pasti bacaan kami tepat ataupun tidak sehinggalah sheikh tegur.

Perlahan-lahan lama-lama pandailah! Sudah pasti cita2 kami sangat besar untuk mendapatkan sijil tersebut walaupun macam samar2 lagi perjalanannya. Sheikh pesan, menguasai Bismillahirrahmanirrahim itu sendiri memerlukan 3jam. Namun, bila ngaji beramai2 ini, semangatnya lebih teruja.

Teknik pengajian secara bertalaqi ini sangat baik kerana Sheikh akan memperbetulkan sebutan setiap orang terlebih dahulu. Persamaan sesi pertama & kedua pula kami bermula dengan membaca secara beramai-ramai selepas solat isyak.

Kehadiran kali ini pula melibatkan penduduk serta ajk2 kariah Surau An Nur. Feedback yang diberikan memberangsangkan. Masya Allah.

Bro Azhar Soo
27.1.23

Kongsi Artikel ini:

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Lain - Lain Artikel

• March 11, 2025

Program Santuni Anak Yatim Dan Tahfiz

• February 7, 2025

Mesyuarat Sanggar Kerja GDM

• February 7, 2025

Program Ziarah Mahabbah GDM