SUMBANGAN PAKAIAN TERPAKAI / BARU (BELUM SEMPAT TERPAKAI) KEPADA ANAK- ANAK YATIM / TAHFIZ MADRASAH HASHIMIAH – INITIATIF KE 2.0
Assalamualaikum wbt,
THE LAST 10 NIGHTS
Syukur Alhamdullillah, dengan izin Allah SWT, Ramadhan kini telah berlabuh ke fasa pertengahan; fasa pegampunan dari Allah kepada hamba-hambaNYA yang bersungguh-sungguh memohon keampunan.
Alhamdulillah, syukur kita masih lagi diberi kenikmatan dan kesempatan mengecapi nikmat Ramadhan Al-Mubarak.
Initiatif Ke 2.0 ini adalah berdasarkan makluman yang diterima dari pihak Madrasah bahawa anak- anak ini mengalu-alukan pakaian ini dan akan mendapat sebaik-baik manfaat.
Maka, Surau Infiniti 3 ingin mengajak para Kariah yang berjiwa pemberi untuk sama-sama menjayakan initiatif ini.
Antara pakaian yang boleh disumbangkan dan kategorinya adalah seperti berikut:
1. Baju lengan pendek/panjang (baju kemeja berkolar, baju t shirt, baju raya, baju tidur dll) untuk MUSLIMIN
2. Seluar panjang (seluar trek, seluar slack, seluar sukan etc) untuk MUSLIMIN
3. Baju lengan panjang dan labuh (Baju kurung, jubah, etc) untuk MUSLIMAT
4. Tudung untuk MUSLIMAT
5. Kain pelekat untuk MUSLIMIN & MUSLIMAT
Surau akan sediakan beberapa kotak ikut kategori Muslimin & Muslimat serta mengikut umur dan jenis pakaian. Kotak- kotak ini akan diletakkan di dalam Surau dari 21hb (Jumaat), (Ramadhan ke 20) sehingga berakhirnya Ramadhan.
Buat masa ini kami fokus pada pakaian dahulu. Insya Allah, selepas Ramadhan, kami akan adakan Initiatif 3.0 untuk barang-barang sumbangan yang lain.
Jazakallahukhair.