English English Malay Malay

ISUFOM Care Box – Pusat Transit Gelandangan KL

Syukur Alhamdullillah.

ISUFOM CARE BOX telah berjaya diedarkan kepada sahabat2 di Pusat Transit Geladangan Kuala Lumpur seperti yang dirancangkan awal tahun ini.

Kami dimaklumkan pegawai di Pusat ini bahawa peserta di sini terdiri daripada:

– Orang Islam dan bukan Islam yang tidak ada tempat tinggal di sekitar KL, Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak
– Bekas banduan yang baru ingin memulakan hidup mereka
– Sahabat yang memerlukan tempat tinggal sementara mencari nafkah hidup sehingga mereka berdikari (1 bulan hingga 3 bulan Transit)
– Sahabat berumur daripada 18 tahun sehingga di bawah umur 60 Tahun

Pusat ini ada menempatkan sahabat yang tidak kurang daripda 80 orang yang menginap di sini di sepanjang masa dan memberi perkhidmatan seperti berikut:
– Makan & minum yang mencukupi serta derma dari orang ramai
– Tempat Red Cross (Bulan Sabit Merah) yang memberi khidmat perundingan kesihatan dan perubatan
– Fasiliti yang mencukupi dari segi pakaian, tempat tidur, kelengkapan harian
– Latihan industri mengikut kemahiran masing2
– Dana diperolehi daripada JKM dan sumbangan NGO serta oramg ramai

ISUFOM Care Box sebanyak 10 kotak, walaupun tidak mencukupi, memang dialu-alukan di sini kerana barang2 kebersihan dan keperluan peribadi amat diperlukan..

In Sha Allah, ISUFOM KL berhasrat membuat program Dakwah pada sahabat2 di pusat geladangan ini.

Bro Azhar Soo
1.2.23

Kongsi Artikel ini:

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Lain - Lain Artikel

• October 8, 2024

Perjumpaan Pimpinan Mahasiswa

• October 8, 2024

Perbincangan Kolaborasi bersama Al Fajr

• October 8, 2024

Ceramah Perdana Maulidur Rasul