English English Malay Malay

ISUFOM KL Bantuan Muallaf Dan Set Bantuan Mengikut Keperluan Dan Keadaan

Assalamualaikum wbt,

Saat Mereka Terima Hidayah Dan Kembali Ke Fitrah, Membantu Muallaf Itu Menjadi Amanah

Syukur ke hadrat Allah SWT, kami di ISUFOM KL seringkali berbincang sesama AJK2 dan ketika dalam Lawatan Mahabbah ke Agensi2 Islam di peringkat NGO, Negeri, Negara etc beserta usrah dengan para pendakwah, apabila kami bersembang tentang keperluan atau bantuan kepada seorang muallaf, boleh dikatakan semua setuju bahawa bantuan yang diperlukan setiap individu muallaf (saudara kita) adalah berbeza.

Bantuan yang paling ketara adalah sara hidup, kesihatan, bantuan pendidikan anak2, peluang pekerjaan dan tiada tempat tinggal yang selesa.

Maka, dengan izin Allah SWT, ISUFOM KL kini telah melancarkan Tabung Infaq Muallaf beserta klasifikasi bantuan (Set – A ke F) mengikut keikhlasan dan kemampuan penderma dalam usaha membantu sahabat2 muallaf / saudara kita ini.

Marilah sama2 kita menderma ke dalam Tabung Infaq Muallaf ISUFOM KL supaya kami dapat salurkan dan hulurkan pada mereka dengan tepat mengikut keadaan semasa mereka.
Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan kami. Amin.

Kongsi Artikel ini:

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Lain - Lain Artikel

• March 11, 2025

Program Santuni Anak Yatim Dan Tahfiz

• February 7, 2025

Mesyuarat Sanggar Kerja GDM

• February 7, 2025

Program Ziarah Mahabbah GDM