Lawatan Ke Yayasan Taiwan Buddhist Tzu Chi (TC) Malaysia – Sempena Program MOD 2022 GDM – ISUFOM KL : 10.8.22*
Syukur Alhamdullillah.
ISUFOM KL dalam merealisasikan program *MOD 22* anjuran GDM Pusat, telah mengambil initiatif untuk melawat Yayasan Taiwan Buddhist Tzu Chi Malaysia, berpusat di Kepong, KL.
Setibanya di perkarangan Tzu Chi (TC), adab pertama yang saya perhatikan adalah kesungguhan Pasukan Sekuriti melayani kami dengan *Selamat Datang* dan memberi tanda *Hormat* cara penganut Buddha serta memberi ruang parkir khas untuk pelawat *(Amalan Baik – AB1)*.
Setibanya di pintu depan ibu pejabat, telah diberikan *sarung letak kasut* sebelum memasuki ke dalam ruang lobi TC. Ini adalah *(AB2)* yang kedua.
Dijemput duduk di ruang tamu dan terus didatangi person in charge, *Ms Sharon – Volunteer seumur hidup* TC. Diberikan taklimat ringkas berkaitan lawatan di premis TC yang nampak dari pandangan mata *kasar, bersih, kemas dan bau wangi2an (AB3)* .
Ini merupakan kali pertama saya mengkunjungi TC. Ada banyak perbezaan dengan kuil buddhist yang lain. Tidak ada upacara keagamaan, tidak ada terlihat apa2 peralatan sembahyang mahupun bau colok terbakar mahupun bunyi loceng mahupun musik Buddha.
PIC TC telah menerangkan pada saya bahawa, Founder TC, *Shih Chen Yen*, adalah penganut agama Buddha tetapi *bukan buddhist scholar*. Namun, beliau menubuhkan TC atas dasar membantu orang susah, miskin dan yang memerlukan tanpa kira agama, bangsa & latar belakang (humanatarian and community service) *bukan spiritual development*.
Maka, di dalam premis TC tidak ada monumen mahupun mantra ataupun patung Buddha untuk tujuan keagamaan kecuali beberapa simbolik Buddha untuk *kesedaran* volunteer mereka. Cuma ada program umpama memberi keberkatan kerja amal yang akan dijalankan oleh semua Volunteer (hampir berpuluh ribu orang di Malaysia dan seluruh dunia mencecah beratus ribu orang) di hampir 60 lebih cawangan seluruh dunia.
*Mission:*
Charity, Medicine, Education, Humanistic Culture dan Environmental Protection.
Tidak sangka, dana yang dikumpul oleh Founder TC bermula dari *sebatang buluh* (Seperti tabung) untuk orang ramai memberi sumbangan dan juga membuat kasut bayi jenis kain untuk dijual dan mendapat dana. *Golongan sasaran* pula lebih kepada membantu orang sakit yang tidak mampu membayar bil perubatan dsbnya. Niat yang ikhlas, membawa mereka ke tahap sebuah NGO yang besar hari ini.
Diberi lawatan tour juga di dalam premis TC yang terdiri daripada International School, Exhibition Hall, Activity Hall, Office & Administration, Library, Skilled Development Centre (Masa melawat hampir 30 volunteer sedang membuat *Mooncake* *AB4*), Community Hall, Sports & Recreational, Cafe & Library, Tadika serta Covered Car Park, Common Facilities- *One Stop Centre* *(AB5)*.
Lawatan ini memberi sedikit sebanyak idea berkaitan aktiviti2 yang dilaksanakan oleh TC Malaysia. *Semua cawangan* TC di seluruh dunia mempunyai bangunan yang direkabentuk hampir mirip dan memiliki fasiliti yang sama *(AB6)*.
Selepas lawatan, saya diiringi terus sehingga ke pintu depan TC dan diminta tandatangani buku pelawat dan menuliskan hasrat dan pandangan lawatan pada hari ini *(AB7)*.
TC hanya menghantar 2 wakil sahaja dan lawatan hampir sejam sudah memadai untuk saya mengenali secara ringkas pergerakan mereka. *(AB8)*
Insya Allah, TC akan menghantar wakil ke lawatan MOD ISUFOM KL & GDM dan terlibat sama dalam program dialog, diskusi dan dakwah. Undangan rasmi sedang diuruskan.
Doakan kami turut dapat membalas lawatan mereka dengan *IMPAK, AKHLAK serta AMALAN BAIK* ikut cara Islam. Semoga Allah swt mempermudahkan urusan kami.
Bro Azhar Soo
10.8.22