Syukur Alhamdullillah.
Pemerkasaan Mualaf 1.0 anjuran ISUFOM KL & GDM Pusat telah dilaksanakan dengan baik dengan izin Allah SWT.
Da’i Adam sememangnya seorang pendakwah yang hebat, seiring dengan status beliau sebagai pemenang Juara Da’i Pendakwah Nusantara Musim ke 6. Malah, beliau pula memiliki Ijazah Dakwah Human Resource yang amat saya kagumi.
Kepimpinan dan Kewibawaan seorang Muslim dalam bidang Dakwah, yakni menyampaikan Islam pada bukan Islam serta memperkasa ilmu Islam kepada Mualaf/Muslim adalah dua kemahiran yang perlu dikuasai Umat Islam.
Nabi Muhammad SAW memiliki kedua2 kemahiran ini di tahap serta darjat yang sangat tinggi dan sememangnya tiada tolok bandingnya. Namun, umat Islam seharusnya menguasai dua kemahiran ini demi perjuangan dalam dunia Dakwah.
Tahniah pada Team ISUFOM KL & GDM.
Bro Azhar Soo
22.10.22