English English Malay Malay

Program Pakai Topi Keledar 2023

Syukur Alhamdullillah.

KEMPEN PAKAI TOPI KELEDAR 2023 ISUFOM KL.

PERINGKAT PENDAFTARAN & UPACARA MAJLIS. Diketuai Penngacara Majlis: Bro Hannan (EXCO ISUFOM KL – DaRT)

Kempen Program Jom Pakai Topi Keledar 2023 sempena Maal Hijrah 1445H bagi menyantuni anak2 Mualaf / Saudara Kita yang saban hari bergerak menuntut ilmu di sekolah, memengaji Al Quran di madrasah, membeli belah di pasaraya, bersantai2 di jalan raya.

Setelah bertanya pada mereka, rupanya ramai anak2 yang memakai topi keledar tanpa kelulusan SIRIM dan tidak mengikuti spesifikasi keselamatan yang diperlukan. ISUFOM KL mengambil initiatif untuk memastikan anak2 Mualaf/Saudara kita memiliki dan menggunakan topi keledar yang bersesuaian dengan piawaian yang ditetapkan serta selamat digunakan untuk aktiviti di atas jalan raya.

Kempen ini juga sebagai platform untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa serta anak2 termasuk ahli keluarga terdekat tentang keselamatan di jalan raya termasuk pemahaman tanda2 jalan JPJ, amalan baik serta kesedaran tentang respon terhadap suasana sekeliling mereka ketika di atas jalan raya.

Alhamdullillah, 30 anak2 kepada Mualaf/Saudara Kita telah didaftarkan (Ada yang hadir dan ada yang diwakili ibu bapa) telah menerima topi keledar ini. Semoga usaha ini dapat menyelamatkan nyawa dengan izin Allah SWT dan mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya. Insya Allah.

Bro Azhar Soo
29.7.23

Kongsi Artikel ini:

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Lain - Lain Artikel

• January 15, 2024

Program Solat Hajat & Doa Selamat HQ ISUFOM KL

• January 15, 2024

Program Bersama anak Tahfiz

• January 15, 2024

Kelas Tarannum & Talaqqi