English English Malay Malay

Tajaan Ramadhan Madrasah Hashimiah

Alhamdullillah,

ISUFOM KL & Madrasah Hashimiah telah saling kenali antara satu sama lain selama hampir 3 tahun.

Madrasah Hashimiah fokus pada penerapan ilmu Al Quran dan pembinaan modal insan di mana anak2 Yatim & Asnaf akan dilatih sebagai pelajar2 Tahfiz.

Banyak hadis Nabi Muhammad SAW merakamkan kelebihan penghafaz al-Quran, antaranya:

Kelak, akan dipakaikan di kepala ibu bapa dengan mahkota indah dan pakaian yang tidak boleh dinilai penduduk dunia, lalu mereka bertanya: “Mengapakah kami diberi pakaian seperti ini?” Allah menjawab “Disebabkan anak kamu mempelajari al-Quran.” Kemudian dikatakan kepada mereka: “Bacalah dan naiklah ke tingkat syurga dan bilik-biliknya.” Mereka akan terus naik selama dia (anak) membaca (ayat al-Quran). (Hadis riwayat Ahmad)

Namun, timbul persoalan sejauh manakah hafazan seseorang hafiz dapat dikekalkan. Nabi Muhammad SAW bersabda:

Celakalah bagi sesiapa yang berkata: “Aku lupa ayat al-Quran sekian-sekian,” sebaliknya hendaklah dia berkata “Aku dilupakan daripadanya.”.

Sentiasalah membaca dan mengingati al-Quran, kerana ia lebih mudah terlepas daripada daripada dada dan ingatan manusia daripada unta terlepas talinya (HR Bukhari dan Muslim)

JOM, Hulurkan sumbangan anda but mereka.

Kongsi Artikel ini:

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Lain - Lain Artikel

• March 11, 2025

Program Santuni Anak Yatim Dan Tahfiz

• February 7, 2025

Mesyuarat Sanggar Kerja GDM

• February 7, 2025

Program Ziarah Mahabbah GDM